substr v mb_substr

Apabila melibatkan pengguna sistem secara international, akan terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan terutamanya daripada segi bahasa.

Masalah: Apabila mahu mengeluarkan sebahagian sahaja perkataan daripada keseluruhan ayat sebagai snippet selalunya akan menggunakan fungsi substr (substring) sebagai contoh:

untuk mengambil 10 karakter pertama daripada $a . Masalahnya adalah apabila $a menyimpan data bukan dalam bentuk tulisan roman biasa seperti cina, jepun dan korea, kaedah substr akan memberikan hasil yang berbeza kerana setiap karakter tersebut adalah gabungan beberapa karakter. Continue reading “substr v mb_substr”

Could Not Connect To Development Server

12 jam aku hadap benda ni. Tiba-tiba ada masalah untuk jalankan react native. Maka aku anggap beberapa benda dan daripada pembacaan dalam issue github.

  1. npm start — –reset-cache.Dah cuba. Tak jadi
  2. Buang ios directory.Bahana. Ini bukan macam ionic, dia tak create balik ios tu punya folder. revert.
  3. Buang node daripada brewSebab aku ada install node daripada brew (tak ingat bila). Sama juga
  4. Buang node daripada /usr/local/bin. Install balik v6, v7, v8 semua sama.
  5. Buat projek baru. Pun ada masalah. So bukan daripada projek lama tapi mungkin daripada node sendiri.
  6. Watchman. Celaka, ni punca. [link]

Tiba-tiba aku teringat kenapa aku tak suka RN. Error tak melambangkan isu sebenar. Dem!

Styling Dalam RNRF

RNRF – React Native Router Flux

Pada mulanya aku gunakan RNRF 4.0 beta sebab itu adalah master kepada repo ini. Tapi masalahnya sekarang adalah styling yang dibuat sebelum ini hilang.

RNRF 3.41 styling
rnrf 4.0b styling
RNRF 4.0b styling

Aku tukar daripada 4.0b kepada 3.41 dahulu. Daripada dokumen pun nampak RNRF 4.0b tak ada styling (lagi).

Nota: Dah kenapa beta kau jadikan master?

Cannot read property ‘getItem’ of undefined

Aku cuba untuk debug aplikasi React Native tapi keluar error: “Cannot read property ‘getItem’ of undefined”

Cannot read property 'getItem' of undefined

Masalah ini hanya keluar apa bila chrome debugger digunakan sahaja.

Penyelesaian: Matikan fungsi toggle device toolbar dalam element inspector.

toggle device toolbar

Import. Mana lebih baik

atau

Aku dalam dilema nak pilih mana satu kaedah yang patut guna. Daripada segi mudah baca aku rasa atas lagi bagus tapi kalau tengok, kalau terlalu banyak macam kaedah bawah lagi bagus dan lebih senang nak guna ide untuk import.

Aku guna kaedah pertama buat masa sekarang.

Debugging React Native

Aku ada buat reducer tetapi logik dalam ni salah

Sepatutnya switch (action.type) tetapi tertinggal .type dan sistem masuk ke default secara constant. Untuk debug tekan cmd + d pada emulator, tekan start remove js debugging.

remove react native debugging

Lepas tu buka inspect element chrome, masuk bawah sources, cari fail dibawah debuggerWorker.js maka boleh buat apa yang biasa chrome debugging js boleh buat termasuklah step debugging.

react native chrome debug

Settle.

View tak full height

Ada masa content kau tak banyak, dan RN pula tak ambil terus secara default semua jadi full height.

Maka kene tambah flex: 1 pada View di app.js. Solution yang sama untuk masalah yang berbeza. Satu bounce semula, satu tak cukup tinggi.

Wish List & Plan

Ada beberapa benda untuk aku invest dalam masa terdekat.

  1. Apple TV – Sambung terus dengan tv, so content daripada itunes dan netflix terus tarik. Tapi kene fikirkan juga dengan HyppTv adakah leceh atau mudah nak switch each other. Terlalu banyak remote adalah tak bagus. (Min: 32GB – RM879)
  2. AirPort Time Capsule – Lebih mudah nak buat TimeMachine di rumah. Tak perlu usung setiap masa external harddisk. Cuma masalahnya tidak boleh handle Unifi directly tapi perlu sambung daripada router guna local lan dan transmite SSID. (Min: 2TB – RM1329)
  3. Wifi Extender – Tingkat atas tak berapa cun coverage tapi aku tak pasti mana lagi baik adalah extend daripada master router guna wifi, cable atau AC line. Anggapkan aku hanya perlukan extend guna wifi. (TP-Link 300Mbps WA855RE – RM100)

Buat masa ni kurang lebih RM2300 adalah bajetnya. Hampir sama dengan bajet lcd retina tempoh hari.

Continue reading “Wish List & Plan”

Duplicate Declaration “TextInput”

Aku cuba buat component sendiri untuk TextInput dalam React Native dengan nama TextInput sebab ideanya adalah untuk tukar terus tugas TextInput asal dengan TextInput aku yang lebih bergaya.

Akibatnya application tak mau run. Katanya duplicate declaration “TextInput”.

react native duplicate declaration

Boleh kalau kau nak letak nama yang sama dengan library sedia ada dalam React Native tapi syaratnya kau tak boleh panggil benda tu dalam component kau. Sebab dia tak tahu component mana satu yang sedang dipanggil. Adakah kau punya atau dia punya.

Tukar nama ke Input.